CHARLIE
Habitat Dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang
sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan
lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan
peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi.
Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang
lebih kering.
Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap)
kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun
1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan
disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan
kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau
mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali
sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae)
dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak
dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti
beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
kiri atas - Keadaan Apabila diganggu
kiri bawah - Keadaan saat ingin terbang
kanan atas - Keadaan diatas air