Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh Ketiga-tiga anak
Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.
BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup
menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu
melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia
tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah
melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita
yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki
lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut
kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya
membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari
laporan TVOR.
Sumber : Blog http://ping.busuk.org/